Bait Muslim

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our first child - Anak yang Soleh

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Jumaat, 3 Disember 2010

HARI ISTIMEWA BUAT INSAN TERISTIMEWA

Alhamdulillah, diberi peluang olehNya untuk pulang ke Bangi pada 25 November yang lalu. Walaupun sudah seminggu Aidil Adha berlalu , namun tetap gembira dapat bertemu dengan Abah, Umi dan ahli keluarga yang lain…

Selamat Hari Lahir UMI.. Alhamdulillah, kami adik-beradik berkesempatan membuat kejutan kecil untuk UMI.. hehehe.. sepatutnya diraikan pada 28 November, tapi disambut awal pada 26 November… =) Menjamu selera di restoran masakan Cina Muslim.. Makan mee wantan

SURPRISE!!! KEK BUFDAY DARIPADA KAMI... =)
(Ateh, Alang, Din)


KEK BUFDAY UMI (kek choc fudge).. memang best!


Umi memotong kek hari jadinya!! Moga rahmat Allah memayungi dirimu...
Gembira melihat wajah ceria Umi di sebalik jerih perih yang diharungi dalam membesarkan kami berenam.



Sepotong kek untuk isteri tersayang! Semoga ikatan kasih kita bersemi utuh selamanya...


 Hehehe.. tumpang posing dgn kek Ummi =)
 
Terima kasih Ummi & Abah atas segala pengorbanan & kasih sayang yang dicurahkan
 
 
SUARA BONDA (Fahd Razy)
Ini pesan bonda, saat fajar membisikkan
puput mayanya ke dada langit
 
Jangan dimarah kepada rindu
kerana itu adalah cemburu masa lalu
yang mengajar kita berbahasa dengan diksi kalbu
lantas mengenal bahawa jarak seribu batu
adalah pergulatan peribadi
yang harus kita menangi dengan seberkas nurani
dan ranum sekebun ilmu.
 
Ini perjalanan kita mengutip batu-batu nostalgia
dari kasar kehidupan yang mengasah sahsiah
agar kita belajar melangkah lebih tajam
dan memandang lebih rencam
kerana keras dunia tidak pernah memilih
antara hasad seekor taulan
dan budi seorang lawan.
 
Juga pesan bonda lagi:
sentiasalah membeli sebakul pengalaman
dengan harga yang paling mahal
kerana musim tenang
tidak seakrabnya manis
dan iklim rusuh
ziarahnya adalah sesenyap malam
memekat dan menikam
dalam diam yang menegarkan dendam.
 
Fajar ini memuputkan rindu ke rumah nubari
adalah suara kenangan
yang berkunjungan di hujung ikatan.
Lalu suara bonda yang kutemui
saat membaca sehelai nota mimpi
rupanya selapis salju di renda bilikku
ketika azan Subuh melarut
dalam sunyi Dublin yang bernafas kemelut.
(South Circular Road, Dublin, Oktober 26, 2005)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan