Bait Muslim

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our first child - Anak yang Soleh

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Jumaat, 3 Disember 2010

HARI ISTIMEWA BUAT INSAN TERISTIMEWA

Alhamdulillah, diberi peluang olehNya untuk pulang ke Bangi pada 25 November yang lalu. Walaupun sudah seminggu Aidil Adha berlalu , namun tetap gembira dapat bertemu dengan Abah, Umi dan ahli keluarga yang lain…

Selamat Hari Lahir UMI.. Alhamdulillah, kami adik-beradik berkesempatan membuat kejutan kecil untuk UMI.. hehehe.. sepatutnya diraikan pada 28 November, tapi disambut awal pada 26 November… =) Menjamu selera di restoran masakan Cina Muslim.. Makan mee wantan

SURPRISE!!! KEK BUFDAY DARIPADA KAMI... =)
(Ateh, Alang, Din)


KEK BUFDAY UMI (kek choc fudge).. memang best!


Umi memotong kek hari jadinya!! Moga rahmat Allah memayungi dirimu...
Gembira melihat wajah ceria Umi di sebalik jerih perih yang diharungi dalam membesarkan kami berenam.



Sepotong kek untuk isteri tersayang! Semoga ikatan kasih kita bersemi utuh selamanya...


 Hehehe.. tumpang posing dgn kek Ummi =)
 
Terima kasih Ummi & Abah atas segala pengorbanan & kasih sayang yang dicurahkan
 
 
SUARA BONDA (Fahd Razy)
Ini pesan bonda, saat fajar membisikkan
puput mayanya ke dada langit
 
Jangan dimarah kepada rindu
kerana itu adalah cemburu masa lalu
yang mengajar kita berbahasa dengan diksi kalbu
lantas mengenal bahawa jarak seribu batu
adalah pergulatan peribadi
yang harus kita menangi dengan seberkas nurani
dan ranum sekebun ilmu.
 
Ini perjalanan kita mengutip batu-batu nostalgia
dari kasar kehidupan yang mengasah sahsiah
agar kita belajar melangkah lebih tajam
dan memandang lebih rencam
kerana keras dunia tidak pernah memilih
antara hasad seekor taulan
dan budi seorang lawan.
 
Juga pesan bonda lagi:
sentiasalah membeli sebakul pengalaman
dengan harga yang paling mahal
kerana musim tenang
tidak seakrabnya manis
dan iklim rusuh
ziarahnya adalah sesenyap malam
memekat dan menikam
dalam diam yang menegarkan dendam.
 
Fajar ini memuputkan rindu ke rumah nubari
adalah suara kenangan
yang berkunjungan di hujung ikatan.
Lalu suara bonda yang kutemui
saat membaca sehelai nota mimpi
rupanya selapis salju di renda bilikku
ketika azan Subuh melarut
dalam sunyi Dublin yang bernafas kemelut.
(South Circular Road, Dublin, Oktober 26, 2005)

Jumaat, 19 November 2010

Negeri Serambi Mekah

“Hmm.. kata negeri Serambi Mekah, tapi kenapa masih ada penagih dadah? Kenapa masih ada zina? Kenapa masih ada pencuri? “
Mungkin ini antara luahan rasa antara kita yang tidak berpuas hati dengan masalah sosial di Kelantan. Senario ini berlaku di Kelantan, tapi adakah kita telah meneropong jauh sebelum membuat satu kesimpulan?

Adakah para pemimpin Kelantan sekadar berpeluk tubuh dengan suasana ini? Jom kita teropong….
1)     Hmm.. tak nampak kelab2 malam, pusat karaoke mahupun panggung wayang (tempat inilah yang selalu adanya perjudian, arak dan berlaku pergaulan bebas yang membuka kepada zina )
2)     Alhmdulillah, setiap pagi Jumaat merupakan hari minggu, akan kedengaran ceramah-ceramah agama yang berkumandang di corong2 masjid atau surau. Malah, menteri besar sendiri turun padang untuk mendidik jiwa rakyatnya agar kenal & takut pada Allah ( usaha dalam mewujudkan bi’ah solehah )
3)     Eh.. eh.. sejak bila pula artis ni bertudung? Ooo.. sume iklan yang ada gambar muslimat, wajib bertudung sumenya.. Alhamdulillah, sedap mata memandangnya…semoga pintu hati model iklan akan terbuka untuk menutup auratnya..
4)     Panasnya menunggu bas, tapi sejuk hati ini bila didamaikan dengan poster2 tazkirah di tempat menunggu bas…

Hmm.. mungkin banyak lagi yang perlu diteropong.. tapi kita dapat melihat antara usaha kerajaan dalam menghidupkan bi’ah solehah… Walaupun belum membuahkan hasil 100%, tetapi ingatlah, apa yang dinilai Allah, bukanlah hasil, tapi apakah ada usaha-usaha kita ke arah itu?
Beleklah lembaran sirah Nabi Muhammad saw. Dengan kesempurnaan akhlak dan kepimpinan Baginda, masih ada para munafik dan pembuat dosa. Ini bukan kerana kelemahan ajaran Baginda, tetapi kerana gelapnya hati2 mereka daripada menerima Hidayah dan petunjuk.
Para pemimpin di Kelantan berusaha menghilangkan unsur2 negatif yang dibawa oleh pihak Barat.. namun, masih ada kebocoran kerana ada unsur lain yang di luar kuasa kerjaan negeri seperti televisyen, majalah dan internet.
Insya Allah, moga Allah sentiasa membimbing kita berada di landasanNya selalu.AMIN..


(Hidup ini indah jika segala-galanya kerana ALLAH)

Sabtu, 23 Oktober 2010

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Assalamualaikum w.b.t dan salam penuh kecemerlangan

Pertama dan selamanya, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNYA maka terhasilnya blog yang tidak seberapa ini buat tatapan anda semua. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sedar tidak sedar masa begitu pantas berlalu, alangkah ruginya jika masa yang berlalu dibiar begitu sahaja. Persoalannya, apa yang kita ingin dalam kehidupan kita? Apa yang kita ingin kita lakukan? Adakah apa yang kita inginkan itu tercapai? Sekiranya tidak tercapai apa perasaan kita?

Terlalu banyak persoalan yang kita perlu rungkaikan dalam kehidupan kita ini. Ditambahkan pula dengan pelbagai masalah yang merantai diri kita. Apa yang penting berbicaralah dengan diri kita. Kita lebih tahu tentang diri kita. Sayangilah diri kita sebelum kita menyayangi diri orang lain.