Bait Muslim

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our first child - Anak yang Soleh

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Rabu, 4 Januari 2012

Anugerah dan Cinta..Penutup 2011/1432H

Alhamdulillah, Ulangtahun perkahwinan kami pada tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran. Diraikan bukan berdua, tetapi dengan kehadiran seorang insan istimewa. Tangisan pada 30 Oktober 2011 (3 Zulhijjah 1432H) meleraikan penantian kami selama 2 tahun ini.


Irham Mifdhal membantu kami mengenali erti hidup sebagai Abi dan Ummi. Ummi kini berusaha untuk membekalkan susu ibu buat Irham kerana itu yang terbaik buatmu. Walaupun Ummi dah mengikuti kursus laktasi, baru kini ummi tahu, teori tak semudah praktikal. Insya Allah, Ummi akan berusaha yang terbaik. Abi berusaha membantu Ummi dan melayan serta mengasuh Irham sebaiknya. Garapan azam tahun baru kami adalah semoga kami menjadi Abi dan Ummi mithali...AMIN

Irham Mifdhal adalah anugerah dan penguat cinta Abi dan Ummi. Penyejuk mata dan hati kami. Moga Baiti Jannati ini terus mewangi disirami Mawaddah (kasih sayang) dan dipagari dengan Bi'ah Solehah. Semoga kami dapat mendidik Irham dengan sebaiknya. Sedikit perkongsian ilmu daripada petikan buku INDAHNYA DIDIKAN AWAL ANAK CARA ISLAM (Hasil tulisan Dr Noor Hisham dan Mazidah). Asas pendidikan anak bersumberkan Surah Luqman (Ayat 12-19) boleh dibahagikan kepada asas aqidah,asas ibadah dan asas akhlak.


TAFSIR SURAH LUQMAN (AYAT 12-19)
12. Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.

14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

15. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

16. (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

17. Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

18. Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

19. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

Selasa, 25 Oktober 2011

Petua A B C


Alhamdulillah, aku sudah melalui liku2 hidup housemanship yang penuh dengan kesulitan, kepenatan, kengerian, kesedihan, herdikan dan yang seumpama dengannya. Rasa tak percaya pun ada. Sedih pun ada. Tak percaya, kerana aku berjaya mengharunginya. Alhamdulillah...Hanya padaMu ya Allah tempat aku menghamparkan aduan dan padaMu jua tempat aku bergantung harap.

Hmm, dalam pertengahan jalan aku menjalani kehidupan housemanshipku, aku ada membeli sebuah buku bertajuk, "Membina Personaliti Unggul" tulisan Ahmad Amri Zainal Abidin. Antara tips yang aku dapat applikasikan dalam dunia kerjayaku adalah tips A B C, iaitu A-Adab, B-Bantu, C-Ceria. Ianya nampak 'simple' dan kebanyakan daripada kita tahu akannya. Namun, alhamdulillah, sedikit sebanyak ia telah membantu aku.

A-Adab, mengingatkan kita untuk sentiasa mengungkapkan 'magical word' spt TOLONG, TERIMA KASIH, MAAF dsb. Insya Allah, ia dapat membantu. Especially, bila nak berurusan dgn SN (staff nurse) dan kwn H/O (houseman officer) yang lain. Always be humble with them.

B-Bantu, membuka ruang kepada persahabatan. As we know, biasanya H/O akan di assign pada setiap kubikel yang berbeza. Mungkin hari ni, one of our colleague dibebani dgn workload yang banyak dan kita berjaya habiskan kerja di our own cubicle cepat. Dengan huluran tangan yang diberikan padanya, maka masing2 dpt selesaikan kerja awal dan seterusnya dapatlah makan lunch sama2..hehe.. Jadi, next time, mugkin giliran kita yag mengharapkan bantuan. (Hmm..kalau buat sesuatu nak dapatkan balasan, hilang pula nilai ikhlas di situ.. Namun, Allah jadikan fitrah manusia yang tahu membalas budi..kecuali orang yg keras hatinya.huhu...)

C-Ceria, hmm..part ni susah sikit. Walaupun hanya perlu senyum bila bekerja, tapi realitinya agak sukar untuk dikekalkan. Especially, bila baru lepas kena marah dgn specialist, berlambak kerja yg belum siap... tup tup..patient pula buat perangai.. waah. Membara dalam hati..Yang keluar bukan senyum dah, tapi nak marah orang. Muka masam mencuka. Hmm, tapi inilah yg harus dielakkan agar kita disenangi oleh semua. So, masing2 kenalah cari formula untuk realisasikannya..hehehe...

Hmm. OK lah.. setakat ini saja yang dapat berceloteh.

Masa belajar dulu pegang 'Perjuangan Memerlukan Pengorbanan' sebab masa medical student susah. Rupa-rupanya working life is more difficult...

IKATAN KASIH


Jumaat, 30 September 2011

SEMINAR IN HAEMATOLOGY

Take home message from SEMINAR IN HAEMATOLOGY

  • Every patient that came with complaint of back pain, put Multiple myeloma as one of differential diagnosis
  • A mnemonic sometimes used to remember the common tetrad (four parts) of multiple myeloma is CRAB:     
  • C = Calcium (elevated)(corrected calcium >2.75 mmol/L)
  • R = Renal failure
  • A = Anemia (hemoglobin <10 g/dL)
  • B = Bone lesions(lytic lesions or osteoporosis with compression fractures)
  • The presence of unexplained anemia, kidney dysfunction, a high erythrocyte sedimentation rate(ESR) and a high serum protein (especially raised immunoglobulin) may prompt further testing. 
  • Will request protein electrophoresis of the blood and urine (Bence Jones protein), which might show the presence of a paraprotein (monoclonal protein, or M protein) band, with or without reduction of the other (normal) immunoglobulins (known as immune paresis).

Jumaat, 3 Disember 2010

HARI ISTIMEWA BUAT INSAN TERISTIMEWA

Alhamdulillah, diberi peluang olehNya untuk pulang ke Bangi pada 25 November yang lalu. Walaupun sudah seminggu Aidil Adha berlalu , namun tetap gembira dapat bertemu dengan Abah, Umi dan ahli keluarga yang lain…

Selamat Hari Lahir UMI.. Alhamdulillah, kami adik-beradik berkesempatan membuat kejutan kecil untuk UMI.. hehehe.. sepatutnya diraikan pada 28 November, tapi disambut awal pada 26 November… =) Menjamu selera di restoran masakan Cina Muslim.. Makan mee wantan

SURPRISE!!! KEK BUFDAY DARIPADA KAMI... =)
(Ateh, Alang, Din)


KEK BUFDAY UMI (kek choc fudge).. memang best!


Umi memotong kek hari jadinya!! Moga rahmat Allah memayungi dirimu...
Gembira melihat wajah ceria Umi di sebalik jerih perih yang diharungi dalam membesarkan kami berenam.



Sepotong kek untuk isteri tersayang! Semoga ikatan kasih kita bersemi utuh selamanya...


 Hehehe.. tumpang posing dgn kek Ummi =)
 
Terima kasih Ummi & Abah atas segala pengorbanan & kasih sayang yang dicurahkan
 
 
SUARA BONDA (Fahd Razy)
Ini pesan bonda, saat fajar membisikkan
puput mayanya ke dada langit
 
Jangan dimarah kepada rindu
kerana itu adalah cemburu masa lalu
yang mengajar kita berbahasa dengan diksi kalbu
lantas mengenal bahawa jarak seribu batu
adalah pergulatan peribadi
yang harus kita menangi dengan seberkas nurani
dan ranum sekebun ilmu.
 
Ini perjalanan kita mengutip batu-batu nostalgia
dari kasar kehidupan yang mengasah sahsiah
agar kita belajar melangkah lebih tajam
dan memandang lebih rencam
kerana keras dunia tidak pernah memilih
antara hasad seekor taulan
dan budi seorang lawan.
 
Juga pesan bonda lagi:
sentiasalah membeli sebakul pengalaman
dengan harga yang paling mahal
kerana musim tenang
tidak seakrabnya manis
dan iklim rusuh
ziarahnya adalah sesenyap malam
memekat dan menikam
dalam diam yang menegarkan dendam.
 
Fajar ini memuputkan rindu ke rumah nubari
adalah suara kenangan
yang berkunjungan di hujung ikatan.
Lalu suara bonda yang kutemui
saat membaca sehelai nota mimpi
rupanya selapis salju di renda bilikku
ketika azan Subuh melarut
dalam sunyi Dublin yang bernafas kemelut.
(South Circular Road, Dublin, Oktober 26, 2005)

Jumaat, 19 November 2010

Negeri Serambi Mekah

“Hmm.. kata negeri Serambi Mekah, tapi kenapa masih ada penagih dadah? Kenapa masih ada zina? Kenapa masih ada pencuri? “
Mungkin ini antara luahan rasa antara kita yang tidak berpuas hati dengan masalah sosial di Kelantan. Senario ini berlaku di Kelantan, tapi adakah kita telah meneropong jauh sebelum membuat satu kesimpulan?

Adakah para pemimpin Kelantan sekadar berpeluk tubuh dengan suasana ini? Jom kita teropong….
1)     Hmm.. tak nampak kelab2 malam, pusat karaoke mahupun panggung wayang (tempat inilah yang selalu adanya perjudian, arak dan berlaku pergaulan bebas yang membuka kepada zina )
2)     Alhmdulillah, setiap pagi Jumaat merupakan hari minggu, akan kedengaran ceramah-ceramah agama yang berkumandang di corong2 masjid atau surau. Malah, menteri besar sendiri turun padang untuk mendidik jiwa rakyatnya agar kenal & takut pada Allah ( usaha dalam mewujudkan bi’ah solehah )
3)     Eh.. eh.. sejak bila pula artis ni bertudung? Ooo.. sume iklan yang ada gambar muslimat, wajib bertudung sumenya.. Alhamdulillah, sedap mata memandangnya…semoga pintu hati model iklan akan terbuka untuk menutup auratnya..
4)     Panasnya menunggu bas, tapi sejuk hati ini bila didamaikan dengan poster2 tazkirah di tempat menunggu bas…

Hmm.. mungkin banyak lagi yang perlu diteropong.. tapi kita dapat melihat antara usaha kerajaan dalam menghidupkan bi’ah solehah… Walaupun belum membuahkan hasil 100%, tetapi ingatlah, apa yang dinilai Allah, bukanlah hasil, tapi apakah ada usaha-usaha kita ke arah itu?
Beleklah lembaran sirah Nabi Muhammad saw. Dengan kesempurnaan akhlak dan kepimpinan Baginda, masih ada para munafik dan pembuat dosa. Ini bukan kerana kelemahan ajaran Baginda, tetapi kerana gelapnya hati2 mereka daripada menerima Hidayah dan petunjuk.
Para pemimpin di Kelantan berusaha menghilangkan unsur2 negatif yang dibawa oleh pihak Barat.. namun, masih ada kebocoran kerana ada unsur lain yang di luar kuasa kerjaan negeri seperti televisyen, majalah dan internet.
Insya Allah, moga Allah sentiasa membimbing kita berada di landasanNya selalu.AMIN..


(Hidup ini indah jika segala-galanya kerana ALLAH)