Bait Muslim

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our first child - Anak yang Soleh

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Bicara Hati

Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, maka beruntunglah kamu

Hari yang datang akan pergi dan berlalu begitu sahaja tanpa menunggu kita. Semalam yang berlalu usah ditangisi kerana hari ini yang dilalui perlu dihadapi agar esok yang mendatang menjanjikan sinar harapan untuk membina diri. Bertanggungjawablah pada diri kita, tepuklah dada, tanyalah diri apa yang harus aku buat untuk menjadi yang terbaik. Jangan jadikan kegagalan semalam pemusnah untuk kita teruskan kehidupan ini.
Memetik kata-kata Imam Syafie:
" Yang paling jauh bukannya bintang, mentari pun bukan juga rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali. Kelmarin yang terluput mengukir sesalan dan yang ada hanya hari ini dan akan datang. Gunakan hari ini sebaik mungkin kerana hari esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya ".
Semalam adalah sejarah yang perlu diambil iktibar
Hari ini adalah kenyataan yang perlu dihadapi
Esok adalah harapan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan