Bait Muslim

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our first child - Anak yang Soleh

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Petua Sihat

Sihat Cara RASULULLAH SAW

Rasulullah saw bersabda : 'Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah .....'(HR Muslim)
Hidup kita tidak dapat lari daripada Rasulullah SAW kerana Baginda merupakan contoh tauladan yang terbaik di dunia dan akhirat. Jadi, segala sunnah Baginda adalah yang paling sesuai untuk kita ikuti. Jom kita lihat amalan Baginda untuk kita sama-sama kita contohi.

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat fardhu, solat Subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain :

- Berlimpah pahala dari Allah

- Kesegaran udara subuh yang baik untuk kesihatan/ terapi penyakit TB

- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan (metenteramkan jiwa).

SELALU MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa rapi dan bersih, setiap hari Khamis atau Jumaat beliau mencukur rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasulullah saw : 'Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)'(Muttafaqun Alaih) .

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 unsur : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
Setiap hari, paling tidak sekali pasti kita akan makan. Bagi yang hendak diet pulak, hanya akan makan makanan yang tidak besar kalori, kalsium dan lemaknya kerana takut manjadi gemuk. Tapi sejauh mana pula makanan yang anda makan, mampu menbuat anda sihat. Di bawah ini diperuntukkan tips bagaimana mendapatkan makanan yang sihat untuk tubuh.
1. Pilih nasi kosong dan makan bersama lauk yang kurang lemak dan sayur.

2. Gunakan hanya sedikit marjerin, mentega, kaya, jem bersam roti bakar, lempeng dan biskut kraker.

3. Makan pelbagai jenis mi dan pasta yang diperbuat dari bijirin.

5. Makan mi yang dicampur dengan banyak sayur dan dimasak dengan sedikit minyak sahaja.

6. Jika anda mangambil bijirin sebagai sarapan, campurkan buah buahan seperti pisang, epal oren dan betik ke dalamnya.

7. Amalkan tabiat membawa buah buahan apabila anak anak ke sekolah atau bila berjalan jauh dan berkelah.

8. Makan buah buahan segar setiap hari sewaktu rehat.

9. Pelbagaikan pengambilan protein daripada sumber haiwan dan tumbuh tumbuhan.

10. Makan bijirin dan hasilnya untuk mengantikkan daging.

11. Makan ayam tanpa kulit dan pilih daging tanpa lemak dan banyakkan makan ikan.

12. Kurangkan makan daging, ayam dan ikan yang dimasak dengan lemak. Cuba ubah cara masak dengan mengukus, bakar dan panggang.

13. Dapatkan khasiat terbaik dari telur yang sebaiknya direbus
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung..

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : 'Jangan Marah' diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan bahawa kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :

- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.

- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari syaitan .

- Segeralah berwudhu'.

- Solat 2 rakaat untuk mendapat ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi ketenagan jiwa sehingga kita tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga kesihatan hati & ketenangan jiwa, jauhilah sifat iri hati